Pengenalan Gula Apong Sarawak
Pengenalan Gula Apong Sarawak
Gula apong merupakan satu jenis produk gula yang dibuat daripada nira pokok nipah yang sangat popular di Sarawak. Masyarakat tempatan menggunakannya turun temurun dalam membuat kuih muih kerana kelazatannya dapat ditingkatkan dengan begitu ketara.
Pokok nipah juga dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Nypa Fruiticans yang merupakan satu-satunya pokok palma dikira sebagai pokok bakau. Ia tumbuh secara semulajadi di kawasan berpaya, lembah, berlumpur dan sepanjang sungai dalam Sarawak. Batang pohon nipah menjalar di tanah, membentuk rimpang yang terendam oleh lumpur. Hanya roset daunnya yang muncul di atas tanah, sehingga nipah nampak seolah-olah tak berbatang. Akar serabutnya dapat mencapai panjang 13 m.
Bunga nipah betina berbentuk bulat peluru dan bengkok mengarah ke samping. Panjang tangkai badan bunga mencapai 100cm - 170cm. Tandan bunga inilah yang dapat disadap untuk diambil niranya yang kemudiannya dimasak menghasilkan gula apong.