Proses Penyediaan Gula Apong
Proses Penyediaan Gula Apong
Proses 1: Proses Menadah air sadap menggunakan bekas buluh. Bekas buluh diletakkan di setiap batang pokok nipah dan dibiarkan semalaman (kira-kira 15jam) sehingga bekas buluh tersebut penuh.
Proses 2: Proses pengambilan Air Sadap. Kebiasaannya akan dilakukan pada keesokan hari selepas proses penadahan seawal jam 7 hingga 9 pagi.
Proses 3: Proses memasak Air Sadap. Air Sadap dimasak menggunakan kawah besar. Proses ini mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 jam untuk menghasilkan gula apong bergantung kepada gred yang dikehendaki. Bagi memastikan air sadap dimasakkan sepenuhnya dan tidak melekat atau pun hangus, ia perlu digaul sepanjang masa sehinggalah ia menjadi pekat.
Proses pembakaran menggunakan kayu kerana dipercayai kaedah tradisional ini dapat menghasilkan gula apong yang lebih sedap lagi.
Proses 4: Memasukkan gula apong yang telah siap dalam bekas/kontena dan dibiarkan sejuk.