Penggunaan Gula Apong
Penggunaan Gula Apong
Penggunaan Gula Apong oleh penduduk tempatan Sarawak pula sangat popular sebagai bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih muih tradisional. Ia juga dijadikan perisa bagi menambah kelazatan sesuatu makanan atau masakan di samping dipercayai dapat mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Contoh makanan yang menggunakan Gula Apong adalah kuih penyaram, kuih cincin, ice-cream, popcorn, peanut butter, dodol, manakala minuman seperti ais kacang, cendol, three-layers tea, kopi dan sebagainya.